Sunday, May 3, 2009

Release tensen jap...kisah 3 sahabat

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang
tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 70
tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas
mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke
rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif.
Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat
tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun
tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,
tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau
kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas
sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki
memanjat tangga untuk ke tingkat 70. si A mula
bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah
hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal
semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla
bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga
meleleh-leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat
tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana
penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian
mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5
tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan
jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja
yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak
bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 6 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah
lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke
tingkat 65. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil
melangkah memanjat tangga yang ketingkat 66, si C mula
menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih
lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je
lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU
TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA

hahaha...penat je naik tangga..

9 comments:

Anonymous said...

huahuahuahua....
mmg nak kne penangan jee yang budak lagi sorg tu......
si C tu sengal giler....
giler pn x sengal mcm die....

numa LurVieya said...

wakakak!!
agak melucukan. hehhe
aku igt kan si C tu nk ckp cm ni tau.

si C: korang ibu bapa korang je yg meninggal. aku ni.... aku sndiri dh lme meninggal dunia.

waaa!!! bukan kan ianya lebih menyeram kan??
hahhaha...:D

zila said...

hahaha...seram la jgk..
nti aku msuk cite humor yg berunsur seram plak eh..

cakcibo IT said...

haha..best post. duk rilek2 takde buat pe.
leh bkk blog awk ntuk menggelikan perut yg sedang dilanda kebosanan nie. hee..
post la lg cite2 camni.yg karangan budak skolah tu awk dah bace tak?

cakcibo IT said...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati…

ZiLa said...

hehe...best la jgk bace...tp pnjg sgt la..
ingatkan kesudahannye mimpi je..rupe2nye x..
hehe..thanks ea...

nti sy msukkan lg cite yg best2...

cakcibo IT said...

nie karangan. mmg la panjang. karangan dak sekolah darjah 4. hehe..

ZiLa said...

hehe...patut la pun..
terrer jgk bdk zaman sekolah skrg..baru darjah 4 dh blh cipta karangan mcm tu..hehe :)
kalau sy dlu...ermmmmmm....mmg hampeh...hehe

cakcibo IT said...

terlampau terer la yg jd camtu.haha..
mencipta karangan yg bleh dapat award lawak antarabangsa majalah ujang.