Friday, June 5, 2009

Kata-kata Motivasi

Apa yang kita tanam, itu yang kita tuai. Kita tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, berikan cahaya matahari di sudut yang sinarannya baik, maka benih itu bercambah menjadi pokok yang baik lalu menghasilkan buah yang amat baik”.

Benih yang kita tanam umpama usaha kita. Misalnya, jika kita nak jadi anak yang cemerlang, berjasa pada ibu bapa dan berjaya dalam bidangnya, maka mulakan usaha hari ini juga, bukan esok lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. macam kita nak tanam benih.

Andai kata kita tanam bulan depan, lambatlah pertumbuhan benih tu. Jadi, tidak ada sebab releven untuk kita lambat-lambat memulakan usaha, seperti kita berlambat-lambat menanam sebiji benih. Sirami usaha kita dengan bahan-=bahan motivasi, dari pembacaan, pendengaran, sentuhan dan penglihatan, agar kita sentiasa bermotivasi, sentiasa bersemangat dalam berusaha.


p/s: boleh tanam benih sayur sendiri...mkn sayur segar selalu...baik utk kesihatan...

4 comments:

Naz said...

betul2x... kalau lambat tanam, lambatlah nak tumbuh, maka lambatlah nak dpt hasilnya... :)
moralnya, jng bertangguh perkara yg baik...

Helas木村 said...

setuju... Dan

untuk benih itu tumbuh dgn sihat dan segar... tanah persekitaran juga perlu bersih dan sesuai Benih itu untuj bercambah.. jika benih sahaja yg baik.. tapi persekitaran semak. di penuhi lalang, tanah tidak d gemburkan.. maka benih tadi juga tidak akan da[at membesar dengan baik akibat anasir luar.

ZiLa said...

naz...

betul tu, perkara yg baik jgn ditangguh selalu..tp, sy selalu jgk bertangguh..contohnye buat asgnmnt last minute..hihi :-)

helas..

lepas ni nak tanam benih, kene pastikan semua persekitaran bersih..kene gemburkan tanah dulu...baru blh dpt hasil yg baik..

Helas木村 said...

last minit studt... mmng nikmat seorng student
heheh