Thursday, June 4, 2009

Kisah lawak

BACO SAMPAI HABIS

Aku baru berkahwin setahun yang lepas
> dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
> sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
> kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
> kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
> Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
> petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
> aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
> meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
> pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
> sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..
>
>
> Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
> tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
> katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
> lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
> rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
> lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
> diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
> rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
> kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
> dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
> masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
> 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
> mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
> kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
> Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
> ikatan yang menutup mataku.
>
>
> Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
> malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
> tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
> mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
> kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
> rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
> telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
> la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
> das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
> beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
> tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
> macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
> bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
> isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
> dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
> rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
> lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
> taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar
> sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
> dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
> dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
> atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
> 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
> bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
> minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
> HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
> aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
> ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
> melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
> merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
> aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
> dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
> aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
> aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
> jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
> habih :. hehe :-)

4 comments:

Anonymous said...

best2.....smpai tgelak kte gelak bce tau.....
pasni sape yang rse nak kentut byk2....
makan la telur rebus 1 papan......

Azhar85 said...
This comment has been removed by the author.
Azhar85 said...

jokess..huhuhu :)

gadistechnic said...

cte yang menarik......