Sunday, June 7, 2009

Terminator Salvation..!! Best!!!!

today 1 and my classmate (6 person) went to Times Square..watching Terminator Salvation..huhu..mmg best giler..xrugi byr tiket utk tgk citer tu..citer tu penuh aksi mencabar n ade jugak debaran2 sampai membuatkan aku terrrrrrr..(teka la ye,xmo cite)..huhu...mmg best sgt..puas hati bile dh tgk...

sesape yg terase nak tgk n belum tgk lg,cpt2 la pegi panggung..to me,u all xkan rase rugi bile dh tgk..bahkan rase nk tgk lg...like me now...huhu...

lps hbis tgk tu,kitorg beratur lg utk tgk citer lain pulak..we choose either 3 movie; 17 Again, Monster vs Aliens and Night at the Museum..but,bile dh sampai kt kaunter nk beli tiket,kesemuanya dh penuh..so xdpt la nk tgk...kecewa...huhu...tp xpe la,xde rezeki kan...mybe next time..pastu jln2 kt sg wang jap,then terus balik...

i am so hepi today dpt jln2 ngn kengkawan n tgk wayang..semalam stress siapkan project..but today dpt release strees tu..huhu...thanks kengkawan ku sume...love u all!!

p/s: xdpt nk post pic coz sume pic kt dlm camera kwn..mybe within 2 or 3 day i will upload in my friendster...;)

Saturday, June 6, 2009

My Project (research) was done!!

My research was done now!! leganye dah siap...sepanjang hari ni aku mengadap laptop utk menyiapkannye.tanpa ade gangguan.letih tak terkata.sampai sakit2 badan.perut pun sakit jgk sbb thn lapar.research punye pasal,terpaksa korban..huhu..(tp skrg dh xsakit lg sbb bru mkn tomyam..my peberet..huhu) rase lega bile dh siap research tu.pasni boleh fokus kat projek lain pulak..

projek yg baru siap ni pasal research..the title is 'the factors of effectiveness packaging n labeling of food product from small medium industrial (SMI) in influence purchased the consumers around hentian puduraya'...huh!! mmg agak memenatkan utk menyiapkannye..bnyk maklumat nk kene cari..nasib baik ade tenet ni..senang skit..huhu..

tp sebenarnye aku blum berapa nk lega sgt..sbb xtau lg lec blh diterima ke x.next week nk hntr.hopefully lec blh terima..due date lmbt lg,tp dh mls nk fikir sbb bnyk lg keje lain nk buat..arghhh penatnye...

tak sabar rasenye nk habiskan sem ni...penat sgt fikir asgnment n project.nasib baik la aku ni kuat semangat..kalau x, xtau la ape jd....huhu

******************************************************

hopefully my lec can accept this project.i was very2 tired with that..





Friday, June 5, 2009

Cinta Sejati

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetujuuntuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing- masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tenterauntuk pergi ke medan perang.

Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku. " Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.

Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba..si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu...."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini????
Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kan lah...


p/s: alangkah beruntung kalau dpt lelaki spt itu...

Kata-kata Motivasi

Apa yang kita tanam, itu yang kita tuai. Kita tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, berikan cahaya matahari di sudut yang sinarannya baik, maka benih itu bercambah menjadi pokok yang baik lalu menghasilkan buah yang amat baik”.

Benih yang kita tanam umpama usaha kita. Misalnya, jika kita nak jadi anak yang cemerlang, berjasa pada ibu bapa dan berjaya dalam bidangnya, maka mulakan usaha hari ini juga, bukan esok lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. macam kita nak tanam benih.

Andai kata kita tanam bulan depan, lambatlah pertumbuhan benih tu. Jadi, tidak ada sebab releven untuk kita lambat-lambat memulakan usaha, seperti kita berlambat-lambat menanam sebiji benih. Sirami usaha kita dengan bahan-=bahan motivasi, dari pembacaan, pendengaran, sentuhan dan penglihatan, agar kita sentiasa bermotivasi, sentiasa bersemangat dalam berusaha.


p/s: boleh tanam benih sayur sendiri...mkn sayur segar selalu...baik utk kesihatan...

Thursday, June 4, 2009

Kisah lawak

BACO SAMPAI HABIS

Aku baru berkahwin setahun yang lepas
> dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
> sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
> kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
> kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
> Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
> petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
> aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
> meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
> pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
> sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..
>
>
> Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
> tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
> katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
> lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
> rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
> lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
> diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
> rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
> kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
> dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
> masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
> 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
> mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
> kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
> Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
> ikatan yang menutup mataku.
>
>
> Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
> malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
> tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
> mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
> kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
> rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
> telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
> la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
> das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
> beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
> tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
> macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
> bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
> isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
> dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
> rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
> lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
> taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar
> sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
> dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
> dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
> atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
> 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
> bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
> minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
> HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
> aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
> ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
> melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
> merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
> aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
> dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
> aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
> aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
> jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
> habih :. hehe :-)